Roder HTS Structures

RÖDER HTS HÖCKER GmbH
Produk Berkualiti Tinggi daripada Nama yang Boleh Anda Percayai

RÖDER HTS HÖCKER GmbH adalah syarikat yang banyak memenangi anugerah yang mengkhusus dalam reka bentuk, pembuatan dan pembekalan sistem khemah boleh roboh rentang lega (clear-span) separa kekal. Ia membekalkan khemah kepada kedua-dua sektor swasta dan awam termasuk industri hospitaliti dan acara, industri ketenteraan, organisasi bantuan serta industri peruncitan dan umum.

Struktur Pagoda

Ciri-ciri struktur Pagoda mudah ditakrifkan oleh reka bentuk bumbungnya yang berpuncak tinggi, yang amat mengagumkan. Rangkaian Pagoda boleh didapati dalam saiz-saiz daripada 3.00m – 20.00m. Ia menggabungkan reka bentuk khemah tradisional dan inovasi teknologi tinggi, lalu menghasilkan sistem struktur yang menarik seni binanya namun berfungsi sepenuhnya. Disebabkan oleh sifatnya yang amat serba guna, Pagoda adalah pilihan yang ideal untuk bermacam-macam aplikasi acara. Daripada kanopi pintu masuk hinggalah kepada majlis perkahwinan atau dewan pameran yang memikat, rangkaian struktur ini akan membuatkan apa jua acara mengagumkan.

Khemah Parti RÖDER HTS (PZ)>

Boleh didapati dalam lebar rentang lega daripada 3.00 – 10.00m dengan ketinggian standard cucur bumbung iaitu 2.30m, sistem Khemah Parti RÖDER HTS ini adalah sistem khemah besar yang sangat ringan namun tahan lama. Ia juga cepat dipasang dan dibuka. Disebabkan oleh sifat bermodul reka bentuknya, semua Khemah Parti RÖDER HTS boleh dipanjangkan dalam tokokan 3.00m. Ini bermaksud, sebarang kepanjangan khemah mampu dicapai. Selain daripada itu, sistem Khemah Parti ini juga tersedia dalam berbilang reka bentuk kerangka yang menarik termasuk kerangka “A” Klasik, Berlengkung, Bersegi Enam, Bersegi Lapan dan reka bentuk Berpuncak Tinggi.

Khemah Besar RÖDER HTS (GZ)

Keperluan struktur sementara pelanggan dipenuhi oleh rangkaian Struktur Acara Besar RÖDER HTS. Boleh didapati dalam lebar rentang lega daripada 10.00m – 60.00m dan ketinggian standard cucur bumbung iaitu 2.40m / 3.00m dan 4.00m, rangkaian Struktur Acara Besar menyediakan tempat yang amat selesa bagi setiap acara. Semua sistem Struktur Acara Besar RÖDER HTS mengikut konsep reka bentuk bermodul yang sama. Pelbagai rangkaian struktur Acara Besar boleh didapati dalam berbilang bentuk dan saiz yang berlainan, termasuk struktur berkerangka “A” klasik, bumbung lengkung, bersegi enam, bersegi lapan, bersegi sepuluh, bersegi dua belas, berbentuk bintang dan berbilang puncak.

Struktur SIRI P HOECKER

Khemah besar SIRI P HOECKER dibuat dalam lebar rentang lega daripada 3.00m hingga 12.00m. Sistem khemah yang popular ini mempunyai ketinggian cucur bumbung yang tetap iaitu 2.40m dan tapaknya pula menampilkan reka bentuk jarak ruang 3.00m, yang membolehkan khemah besar ini ditambah kepada sebarang kepanjangan dalam tokokan 3.00m. Ringan, serba guna dan amat tahan lasak, rangkaian khemah besar SIRI P yang menjimatkan ini digunakan dengan meluas di serata dunia oleh syarikat-syarikat penyewa kelengkapan acara terkemuka dan juga pengguna akhir. Sistem khemah besar SIRI P boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan reka bentuk yang berlainan agar sesuai dengan kebanyakan jenis aplikasi.

Struktur SIRI F HOECKER

Sistem khemah besar SIRI F HOECKER telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh separuh abad yang lalu dan kini ia menjadi salah satu sistem khemah rentang lega yang terkemuka. Struktur khemah besar SIRI F boleh didapati dalam pelbagai bentuk bermodul yang mesra pengguna. Ia tersedia dalam saiz daripada 10.00m – 60.00m dalam lebar rentang lega, dengan berbilang ketinggian cucur bumbung daripada 2.66m – 6.00m. Sesuai untuk syarikat-syarikat penyewa acara profesional dan aplikasi pengguna akhir separa kekal, rangkaian SIRI F memberikan banyak pilihan saiz dan rekaan yang menarik. Sama ada anda memerlukan struktur Berkerangka “A” yang biasa atau kasau berlengkung, reka bentuk Puncak Tinggi atau Berbilang Sisi, anda akan temui penyelesaian anda dalam rangkaian luas khemah besar SIRI F ini.

Sistem Struktur Serasi

Kebiasaannya, apabila syarikat penyewa khemah telah memilih pembekal dan membeli sistem khemah untuk perniagaannya, syarikat itu menjadi terikat dengan pembekal tersebut selama-lamanya kerana sistem khemah yang dipilihnya tidak serasi dengan sistem khemah lain yang boleh didapati di pasaran. Perkara ini tidak lagi berlaku, RÖDER HTS HÖCKER telah membangunkan serangkaian sistem khemah yang serasi sepenuhnya dengan produk beberapa pembuat sistem khemah utama. Perkembangan baru ini memberi para pelanggan sumber alternatif yang kompetitif dari segi kewangan apabila berfikir untuk melabur dalam inventori baru.

Struktur Berbilang Tingkat

Rangkaian luas struktur sementara dua dan tiga tingkat menetapkan piawaian baharu dalam kategori sistem ruang sementara. Terima kasih kepada ciri-ciri reka bentuk yang inovatif, struktur Berbilang Tingkat memberikan kedudukan yang sempurna dan penyelesaian penjimatan ruang yang sebenar apabila ruang sukar diperolehi. Struktur Berbilang Tingkat adalah penyelesaian yang ideal untuk pelbagai aplikasi daripada industri acara hinggalah kepada hospitaliti, pameran dan umum. Semua struktur Berbilang Tingkat berkongsi tapak bermodul yang sama dan tersedia dengan pilihan sama ada reka bentuk kerangka “A” klasik, berlengkung, berlengkung separa atau berbilang puncak bagi tingkat atasnya.

Bangunan Perniagaan & Industri

Tersedia dalam lebar daripada 5.00m – 30.00m dan ketinggian cucur bumbung daripada 3.00m – 6.20m dalam bangunan yang tidak terhad panjangnya, rangkaian bangunan bermodul Perniagaan dan Industri ini menawarkan kelebihan kewangan dan operasi yang ketara apabila dibandingkan dengan kaedah pembinaan biasa. Bergantung pada aplikasinya, sistem struktur inovatif ini boleh dibekalkan sebagai sama ada bangunan “cekap tenaga” tidak berpenebat atau berpenebat sepenuhnya. Penyelesaian ideal untuk gudang, pasaraya, dewan sukan dan pengeluaran – kebarangkaliannya tidak berpenghujung.

Lindungan Pasang Segera

Rangkaian menyeluruh Lindungan Pasang Segera (RDS) direka khusus untuk kegunaan ketenteraan dan organisasi bantuan. Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan reka bentuk untuk menempatkan orang, unit penginapan, penyimpanan peralatan, pejabat operasi, bengkel penyelenggaraan dan pesawat. Berdekad-dekad pengalaman dalam reka bentuk, kejuruteraan dan pengujianan lindungan ketenteraan telah memastikan bahawa RÖDER HTS HÖCKER antara pembuat sistem lindungan ketenteraan dan bantuan yang terkemuka di dunia. Sistem lindungan kami diuji sepenuhnya untuk berfungsi dengan baik dalam persekitaran yang melampau dan paling sukar di mana saja di dunia.

Struktur Sukan

Manfaatkan sepenuhnya fasiliti sukan anda dengan memasang Struktur Sukan sementara atau kekal. Rangkaian sistem struktur cekap tenaga kami yang serba guna direka khusus untuk memberikan persekitaran yang sempurna untuk pelbagai jenis aktiviti sukan. Disebabkan oleh ciri-ciri reka bentuk bermodulnya, kelebaran yang pelbagai dan ketinggian bahagian dalam yang tiada halangannya, Struktur Sukan kami merupakan penyelesaian ideal untuk pelbagai aplikasi sukan termasuk sukan raket, penutup kolam renang, sukan menunggang kuda dan taman kasut roda – apa jua aktivitinya, kami boleh menyediakan bumbungnya!

Struktur Rekaan Khas

RÖDER HTS HÖCKER menyediakan perkhidmatan lengkap mereka bentuk struktur tempahan khas untuk para pelanggan yang mempunyai keperluan reka bentuk struktur tertentu. Daripada konsep awal, hinggalah kepada lukisan kerja, pengeluaran, penghantaran dan jika diperlukan, pemasangan lengkap, bahagian projek khas RÖDER HTS HÖCKER akan menterjemahkan idea rekaan khas anda kepada realiti.

Яндекс.Метрика
EventCatalog.ru — всё для организации мероприятия!