Roder HTS Structures

JUALAN – Struktur Rekaan Khas

Daripada penentuan konsep hinggalah kepada penyempurnaan, bahagian projek khas RÖDER HTS HÖCKER boleh merealisasikan struktur rekaan khas bagi kebanyakan aplikasi.

Bertahun-tahun pengalaman, digabungkan pula dengan penggunaan teknologi merupakan kunci kepada kejayaan kami dalam bidang ini. Para pereka dan jurutera kami boleh memanfaatkan pengalaman gabungan lebih daripada separuh abad dalam pembuatan struktur rentang lega tempahan khas. Ini, bersama dengan penggunaan peralatan terkini dalam teknologi CAD dan kejuruteraan kepersisan CNC, membolehkan RÖDER HTS HÖCKER menukar kebanyakan idea konsep kepada realiti.

Struktur direka dan dibekalkan mengikut keperluan tertentu pelanggan. Contohnya, spesifikasi tertentu, mungkin memerlukan struktur untuk memiliki keupayaan menahan beban salji dan angin yang sangat tinggi. Dalam kebanyakan kes, kami dapat memenuhi keperluan pelanggan daripada binaan ‘lean-to’ standard kepada pusat hospitaliti berbilang tingkat dan berpenebat sepenuhnya.

Rekod prestasi kami yang terbukti berjaya dalam menyediakan struktur rekaan khas dikembangkan lagi dengan keupayaan kami membekalkan sumber pemasangan dan pengurusan projek yang berpengalaman. Sumber ini merupakan kekuatan utama RÖDER HTS HÖCKER dan sentiasa tersedia kepada pangkalan pelanggan global kami. Daripada pembekalan seorang juruteknik pemasangan bagi mengajar dan mengarahkan pasukan pelanggan semasa pemasangan awal hinggalah kepada menyediakan perkhidmatan lengkap pengurusan projek yang bertindak sebagai ketua kontraktor, kami menawarkan perkhidmatan lengkap pembekalan dan pemasangan ke seluruh dunia.

Sila hubungi RÖDER HTS HÖCKER hari ini untuk membincangkan projek reka bentuk tempahan khas anda.

Scroll Up