Roder HTS Structures

Privasi

Dasar Privasi

Dasar privasi ini menggariskan bagaimana RÖDER HTS HÖCKER GmbH menggunakan dan melindungi sebarang maklumat yang anda berikan kepada RÖDER HTS HÖCKER GmbH apabila anda menggunakan laman web ini.

RÖDER HTS HÖCKER GmbH komited bagi memastikan bahawa privasi anda dilindungi. Sekiranya kami meminta anda memberikan maklumat tertentu, yang mana dengan maklumat itu anda dapat dikenal pasti, apabila menggunakan laman web ini, maka anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya akan digunakan menurut pernyataan privasi ini sahaja. RÖDER HTS HÖCKER GmbH mungkin mengubah dasar ini dari semasa ke semasa dengan mengemas kini halaman ini. Anda haruslah memeriksa halaman ini dari semasa ke semasa bagi memastikan anda bersetuju dengan sebarang perubahan. Dasar ini berkuat kuasa dari 20 Ogos 2010.

Apa yang kami kumpulkan:

  1. Nama dan jawatan.
  2. Maklumat hubungan termasuk alamat e-mel.
  3. Maklumat demografik seperti poskod, keutamaan dan minat.
  4. Maklumat lain yang berkaitan dengan tinjauan pelanggan dan/atau tawaran.

Apa yang kami lakukan dengan maklumat yang kami kumpulkan:

Kami memerlukan maklumat ini bagi memahami keperluan anda dan bagi memberi anda perkhidmatan yang lebih baik, terutamanya atas sebab-sebab berikut:

  1. Penyimpanan rekod dalaman.
  2. Kami mungkin menggunakan maklumat ini bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan kami.
  3. Kami mungkin menghantar e-mel promosi tentang produk kami, tawaran istimewa atau maklumat lain secara berkala yang kami fikir anda mungkin berminat dengannya. Kami akan menghantarnya menggunakan alamat e-mel yang anda berikan.
  4. Dari semasa ke semasa, kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda bagi tujuan penyelidikan pasaran. Kami mungkin menghubungi anda melalui e-mel, telefon, faks atau mel. Kami mungkin menggunakan maklumat ini untuk menyesuaikan laman web menurut minat anda.

2) Keselamatan

Kami komited bagi memastikan bahawa maklumat anda selamat. Bagi menghalang akses atau pendedahan tanpa kebenaran kami telah menyediakan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan bagi melindungi dan menjamin keselamatan maklumat yang kami kumpulkan dalam talian.

3) Bagaimana kami menggunakan cookie

Cookie ialah fail kecil yang meminta izin untuk ditempatkan di pemacu keras komputer anda. Sebaik sahaja anda bersetuju, fail ini akan ditambah dan cookie membantu menganalisis trafik web atau memberitahu anda apabila anda melawat laman-laman tertentu. Cookie membolehkan aplikasi web memberi respons kepada anda sebagai individu. Aplikasi web itu boleh menyesuaikan operasinya mengikut keperluan anda, apa yang anda sukai dan tidak sukai dengan mengumpul dan mengingat maklumat tentang keutamaan anda.

Kami menggunakan cookie log bagi mengenal pasti halaman mana yang sedang digunakan. Ini membantu kami menganalisis data tentang trafik halaman web dan meningkatkan laman web kami bagi menyesuaikannya mengikut keperluan pelanggan. Kami hanya menggunakan maklumat ini untuk tujuan analisis statistik sahaja dan kemudian data ini akan dibuang daripada sistem.

Pada dasarnya, cookie membantu kami memberikan laman web yang lebih baik kepada anda, dengan membolehkan kami memantau halaman mana yang anda rasakan berguna dan yang mana tidak. Cookie tidak boleh, dengan apa jua cara, memberi kami akses kepada komputer anda atau sebarang maklumat tentang anda, selain daripada data yang anda pilih untuk kongsikan dengan kami.

Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak cookie. Kebanyakan pelayar web menerima cookie secara automatik, tetapi kebiasaannya anda boleh mengubah tetapan pelayar web anda bagi menolak cookie jika anda lebih gemar berbuat demikian. Ini mungkin menghalang anda daripada memanfaatkan sepenuhnya laman web kami.

4) Pautan ke laman-laman web lain

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web tertentu yang lain. Namun, sekali anda menggunakan pautan ini untuk beredar dari laman web kami, sila maklum bahawa kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas laman web lain itu. Oleh itu, kami tidak dapat bertanggungjawab atas perlindungan dan privasi bagi sebarang maklumat yang anda berikan semasa melawat laman-laman web sedemikian. Dan laman web sedemikian tidak dikawal oleh pernyataan privasi ini. Anda harus berhati-hati dan menyemak pernyataan privasi laman web yang anda lawati itu.

Mengawal maklumat peribadi anda:

Anda boleh memilih untuk menghadkan pengumpulan atau penggunaan maklumat peribadi anda dengan cara-cara yang berikut:

  1. Apabila anda diminta untuk mengisis maklumat dalam borang di laman web, cari petak yang boleh diklik bagi menyatakan bahawa anda tidak mahu maklumat anda digunakan oleh sesiapa untuk tujuan jualan pemasaran
  2. Sekiranya sebelum ini anda telah bersetuju membenarkan kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda boleh mengubah fikiran anda pada bila-bila masa dengan menulis atau menghantar e-mel kepada kami di verkauf@roeder-hts.de
  3. Kami tidak akan menjual, mengedarkan atau memajakkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga kecuali kami mendapat kebenaran anda atau jika dikehendaki oleh mahkamah untuk berbuat demikian. Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar maklumat promosi tentang pihak ketiga yang kami fikir anda mungkin berminat dengannya jika anda beritahu kami anda ingin kami berbuat demikian.

Sekiranya anda percaya bahawa sebarang maklumat yang kami pegang berhubung anda adalah tidak betul atau tidak lengkap, sila hantarkan surat atau e-mel kepada kami secepat mungkin, di alamat di atas. Kami akan membetulkan dengan serta-merta sebarang maklumat yang didapati tidak betul.

5) Terma dan syarat penggunaan laman web

Selamat datang ke laman web kami. Sekiranya anda meneruskan untuk melayari dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan yang berikut, yang bersama-sama dengan dasar privasi mentadbir hubungan antara RÖDER HTS HÖCKER GmbH dan anda berhubung laman web ini.

Istilah RÖDER HTS HÖCKER GmbH atau ‘kami’ merujuk kepada pemilik laman web ini yang mana pejabat berdaftarnya beralamat di Hinter der Schlagmühle 1, Kefenrod, Jerman, D-63699. Istilah ‘anda’ merujuk kepada pengguna atau mereka yang melihat laman web kami.

Penggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada terma-terma penggunaan berikut:

1.1 Kandungan halaman-halaman bagi laman web ini adalah untuk maklumat dan kegunaan umum anda sahaja. Ia tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Kami mahupun mana-mana pihak ketiga tidak memberikan sebarang waranti atau jaminan berhubung ketepatan, ketepatan masa, prestasi, kelengkapan atau kesesuaian maklumat dan bahan-bahan yang didapati atau ditawarkan di laman web ini untuk sebarang tujuan tertentu. Anda mengakui bahawa maklumat dan bahan-bahan sedemikian mungkin mengandungi ketaktepatan atau kesilapan dan kami dengan jelas menolak liabiliti atas sebarang ketaktepatan atau ralat sedemikian semaksimum mungkin setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

1.2 Risiko bagi penggunaan anda terhadap sebarang maklumat atau bahan-bahan di laman web ini adalah tanggungan anda sepenuhnya, dan kami tidak bertanggungjawab ke atasnya. Adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri bagi memastikan bahawa sebarang produk, perkhidmatan atau maklumat yang tersedia melalui laman web ini memenuhi keperluan tertentu anda.

1.3 Laman web ini mengandungi bahan yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada kami. Bahan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, reka letak, rupa, penampilan dan grafik. Pengeluaran semula adalah dilarang kecuali mengikut notis hak cipta, yang membentuk sebahagian daripada terma dan syarat ini.

1.4 Semua tanda dagang yang dikeluarkan semula di laman web ini, yang bukan merupakan harta bagi, atau dilesenkan kepada operator, diakui pemiliknya di laman web ini.

1.5 Penggunaan laman web ini tanpa kebenaran mungkin membawa kepada tuntutan kerosakan dan/atau menjadi suatu kesalahan jenayah.

1.6 Dari semasa ke semasa laman web ini mungkin akan menyertakan pautan ke laman-laman web lain. Pautan-pautan ini bertujuan untuk memberikan maklumat lanjut demi kesenangan anda. Ia tidak menandakan bahawa kami mengendors laman (-laman) web tersebut. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan laman (-laman) web sedemikian.

1.7 Anda tidak boleh mewujudkan pautan ke laman web ini dari laman web atau dokumen lain tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada RÖDER HTS HÖCKER GmbH.

1.8 Penggunaan anda terhadap laman web ini dan sebarang pertikaian yang timbul daripada penggunaan sedemikian terhadap laman web ini adalah tertakluk kepada undang-undang Jerman.

6) Penafian laman web

Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat umum semata-mata. Maklumat ini disediakan oleh RÖDER HTS HÖCKER GmbH. Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan maklumat ini terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang gambaran atau jaminan, apa jua jenisnya, secara tersurat atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berhubung laman web ini atau maklumatnya, produk, perkhidmatan atau grafik berkaitan yang terkandung di laman web ini bagi apa jua tujuan. Dengan itu, sebarang pergantungan yang anda letakkan ke atas maklumat sedemikian adalah atas risiko anda sendiri.

Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan termasuk tanpa had, kerugian atau kerosakan langsung atau lanjutan, atau sebarang kerugian atau kerosakan, apa jua ianya yang timbul daripada kehilangan data atau keuntungan yang timbul daripada, atau yang berkait dengan, penggunaan laman web ini.

Melalui laman web ini anda akan dapat berhubung ke laman-laman web lain yang bukan di bawah kawalan RÖDER HTS HÖCKER GmbH. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas sifat, kandungan dan ketersediaan laman-laman web tersebut. Pemasukan sebarang pautan tidak semestinya menggambarkan pengesyoran atau pengendorsan kami terhadap pandangan-pandangan yang diutarakan di laman-laman web sedemikian.

Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan laman web ini sentiasa aktif dan berjalan lancar. Namun, RÖDER HTS HÖCKER GmbH tidak bertanggungjawab ke atas, dan tidak menerima liabiliti ke atas, ketaktersediaan sementara laman web ini yang disebabkan oleh isu-isu teknikal yang di luar kawalan kami.

Scroll Up