Roder HTS Structures

Lindungan Pasang Segera

RÖDER HTS HÖCKER telah menjadi peneraju industri dalam reka bentuk dan pembuatan sistem Lindungan Pasang Segera (RDS) yang berkualiti tinggi, berteknologi tinggi namun kos efektif untuk sektor ketenteraan, kerajaan, kemanusiaan dan misi bantuan.

Pengalaman unik kami dalam sektor khusus ini, digabungkan pula dengan program pembangunan produk yang berterusan serta prosedur ujian yang ketat di seluruh barisan produk RDS memastikan penghantaran yang konsisten bagi sistem lindungan boleh pasang semula yang tahan lama, menjimatkan dan mesra pengguna kepada sektor pasaran khusus ini.

Bergantung pada jenis aplikasi, unsur-unsur seperti hujan, pasir, salji dan sinaran suria mesti dijauhkan dari persekitaran struktur.  Rangkaian sistem Lindungan Pasang Segera yang pelbagai ini memberikan persekitaran ruang bertutup sementara dan separa kekal untuk bermacam-macam kegunaan termasuk keupayaan ruang istirehat, dapur dan ruang makan, ruang simpan, hangar pesawat, bengkel dan gudang, yang diperlukan bagi mengendalikan sistem kem yang berjaya.

Sistem Lindungan Pasang Segera tersedia dalam pelbagai saiz dan tahap spesifikasi yang berlainan. Setiap satu direka untuk aplikasi tertentu dan juga aplikasi operasi berbilang tujuan bagi melindungi dan menjamin keselamatan kakitangan dan peralatan bekalan.

Lindungan Pasang Segera RÖDER HTS HÖCKER dikategorikan kepada empat kategori produk yang berlainan: Lindungan Penyelenggaraan, Lindungan Penginapan, Lindungan Berbilang Kegunaan dan Lindungan Bantuan Kecemasan.

Aplikasi lindungan ketenteraan dan misi kemanusiaan merupakan bidang perniagaan teras bagi RÖDER HTS HÖCKER. Selain daripada menyediakan sistem lindungan pasang segera, syarikat ini boleh, jika diperlukan, menyediakan penyelesaian siap guna lengkap yang termasuk penyediaan pencahayaan, kelengkapan elektrik, pengagihan kuasa dan HVAC (pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara). Penyelesaian siap guna kami termasuk pasukan pemasangan berkelayakan yang tersedia di serata dunia bagi menguruskan sepenuhnya atau memberi rundingan berhubung projek-projek aplikasi ketenteraan dan misi kemanusiaan.

Sekiranya anda mempunyai keperluan untuk produk dan perkhidmatan RDS yang ditawarkan oleh  RÖDER HTS HÖCKER, sila hubungi kami dengan mengisi borang dalam talian kami atau menghubungi pasukan jualan teknikal kami untuk mendapatkan bantuan pakar dengan segera.

Ambil langkah seterusnya dan hubungi kami beserta keperluan anda hari ini.

Scroll Up