Roder HTS Structures

Struktur Berbilang Tingkat

Sistem struktur sementara Berbilang Tingkat RÖDER HTS HÖCKER memberikan penyelesaian penjimatan ruang sebenar dengan mewujudkan ruang lantai tambahan dalam situasi di mana ruang sukar diperolehi.

Struktur Berbilang Tingkat boleh didapati dalam konfigurasi dua dan tiga tingkat dalam enam reka bentuk standard yang amat serga guna; Kerangka “A”, Berlengkung, Berlengkung Separa, Condong, Berbilang Puncak dan Berbentuk Kiub.

Disebabkan oleh ciri-ciri reka bentuk bermodulnya, struktur Berbilang Tingkat boleh dipasang dalam pelbagai konfigurasi, bentuk dan saiz yang berlainan supaya sesuai dengan reka letak acara tertentu dan batasan-batasan tapak.  Sebagai contoh, lantai tingkat atas boleh dibuat serupa dengan tingkat bawah.  Ataupun, struktur yang lebih kecil boleh dibina di tingkat atas bagi mewujudkan kawasan balkoni yang sempurna untuk pengunjung menikmati pemandangan di bawah.

Untuk meningkatkan lagi kefleksibelannya, modul 5.00m x 5.00m boleh disingkirkan di tingkat bawah untuk menghasilkan kawasan galeri. Selain itu, reka bentuk bermodul istimewa bagi sistem Berbilang Tingkat ini bermaksud bahawa panjang dan lebar sebenar struktur adalah tidak terhad.

Ambil langkah seterusnya dan hubungi kami beserta keperluan anda hari ini.

Sama ada ia digunakan dalam acara sukan golf, tenis, lumba kuda, sukan bermotor atau sebarang jenis acara lain, sistem struktur berbilang tingkat dua dan tiga tingkat kami yang inovatif serta mesra pengguna pasti tidak mengecewakan anda setiap kali digunakan.

Struktur Berbilang Tingkat boleh didapati dengan pelbagai produk aksesori bagi meningkatkan lagi penampilan dan fungsi struktur ini.  Aksesorinya termasuk, penutup bumbung berisi udara ‘THERMO’ yang berpenebat – produk yang inovatif ini meningkatkan nilai terma lalu mengurangkan jumlah pemanasan/penyejukan yang diperlukan – sistem dinding keras ABS dan kaca, unit pintu kembar dan tunggal, tangga dalam dan luar, kekisi, sistem lantai tingkat atas dan bawah, pelapik hiasan dan banyak lagi.

Scroll Up