Roder HTS Structures

Struktur Rekaan Khas

RÖDER HTS HÖCKER menyediakan perkhidmatan lengkap mereka bentuk struktur tempahan khas untuk para pelanggan yang mempunyai keperluan reka bentuk struktur tertentu. Daripada konsep awal, hinggalah kepada lukisan kerja, pengeluaran, penghantaran dan jika diperlukan, pemasangan lengkap, bahagian projek khas RÖDER HTS HÖCKER  akan menterjemahkan idea rekaan khas anda kepada realiti.

Jabatan reka bentuk teknikal dan kejuruteraan dalaman kami yang berpengalaman dapat memanfaatkan pengetahuan kepakaran yang tidak ternilai yang mereka perolehi bertahun-tahun lamanya dalam bidang reka bentuk projek struktur rentang lega tempahan khas. Pengalaman ini, bersama dengan penggunaan teknologi pemodelan CAD 3D yang terkini dan proses pembuatan CNC kepersisan berautomasi, telah membolehkan RÖDER HTS HÖCKER menjadi cemerlang dan menjadi peneraju dalam bidang terkhusus ini.

Kami percaya proses reka bentuk tempahan khas ini adalah usaha pasukan dalam mengekalkan hubungan rapat dengan pelanggan bagi memahami semua aspek keperluan projek, termasuk batasan-batasan tapak, keinginan dan gaya. Kami telah bekerja dengan banyak pelanggan persendirian, korporat dan jabatan kerajaan di peringkat global dalam mencipta dan menyampaikan antara struktur boleh roboh yang paling inovatif.

Apabila mereka bentuk struktur tempahan khas, matlamat utama kami adalah untuk menggunakan sebanyak mungkin komponen yang digunakan dalam rangkaian sistem struktur standard kami yang sudah sedia wujud. Hal ini memberi faedah kepada kedua-dua pelanggan dan pembekal kerana ia membolehkan projek untuk mara ke peringkat pembuatan lebih awal daripada jika komponennya dibuat secara berasingan.  Selain itu, dengan menggunakan komponen stok dalam reka bentuknya, kos keseluruhan projek boleh dikekalkan pada tahap minimum dan menjadikan struktur rekaan khas lebih mampu milik.

Apa jua keadaannya, mengambil RÖDER HTS HÖCKER sebagai ketua kontraktor projek anda akan memastikan projek anda disampaikan tepat pada masanya dan mengikut bajet. Sebagai peneraju pakar dalam bidang khusus ini, kami dapat memenuhi sepenuhnya keperluan pelanggan daripada binaan standard ‘mono-pitch lean-to’ kepada struktur hospitaliti dan pusat hiburan boleh roboh berbilang tingkat dan berpenebat sepenuhnya, hingga kepada struktur yang dibina agar tahan daripada beban angin dan salji yang melampau.

Ambil langkah seterusnya dan hubungi kami beserta keperluan anda hari ini.

Scroll Up