Roder HTS Structures

Struktur SIRI P HOECKER

Struktur khemah besar SIRI P HOECKER lebih daripada sekadar bumbung yang memayungi anda. Ia adalah pelaburan yang mula menjana keuntungan dalam tempoh yang pendek. Saiz dan konfigurasi gaya yang tidak terhad bagi sistem struktur khemah besar rentang lega SIRI P HOECKER ini membuatkannya bukan sahaja satu penyelesaian dan logik dan menjimatkan, tetapi juga penyelesaian yang amat praktis.

Sistem khemah besar rentang lega SIRI P HOECKER merangkumi serangkaian luas reka bentuk khemah besar moden. Ia dibangunkan dengan memikirkan syarikat penyewa khemah besar profesional dan aplikasi-aplikasi berkualiti tinggi pengguna akhir. Ketegapan, ketahanan dan kestabilannya, digabungkan pula dengan masa pemasangan dan pembukaan yang pantas, telah membina reputasi yang dicemburui ramai dalam kalangan pelanggan kami selama bertahun-tahun lamanya.

Struktur khemah besar P SIRI HOECKER boleh didapati dalam kelebaran rentang lega 3.00m, 4.00m, 6.00m, 8.00m, 9.00m, 10.00m dan 12.00m. Khemah besar dan astaka Struktur HOECKER asal kami adalah bermodul mengikut reka bentuknya dan berasaskan jarak ruang 3.00m dengan ketinggian cucur bumbung standard iaitu 2.40m. Unit pemula asasnya ialah 6.00m panjang yang boleh disambung tanpa had dengan ruang sambungan 3.00m.

Khemah besar SIRI P HOECKER Standard boleh didapati dalam beberapa reka bentuk termasuk reka bentuk kerangka “A” biasa, bumbung “LENGKUNG”, reka bentuk bersegi enam dan lapan. Rangkaian ini boleh ditingkatkan lagi dengan menambah sambungan bersegi enam atau lapan penuh atau separa kepada struktur standard atau menyepadukan penukaran bumbung puncak tinggi di antara ruang-ruang biasa. Ini akan meningkatkan rupa dan penampilan khemah besar anda secara dramatik.

Selain itu, anda boleh menyepadukan satu atau lebih aksesori khemah besar Struktur SIRI P HOECKER yang direka khas untuk rangkaian sistem khemah besar ini. Aksesorinya termasuk subkerangka keluli atau sistem lantai kaset berpemberat bersepadu, sistem dinding ABS padu atau kaca, unit pintu tunggal atau kembar, pelapik, pencahayaan dan banyak lagi.

Ambil langkah seterusnya dan hubungi kami beserta keperluan anda hari ini.