Roder HTS Structures

Struktur Sukan

STRUKTUR BERBILANG SUKAN daripada RÖDER HTS HÖCKER merangkumi serangkaian penyelesaian bangunan bermodul sementara dan separa kekal untuk pelbagai aplikasi sukan yang membolehkan aktiviti sukan padang dan gelanggang diteruskan tanpa mengira musim.

Struktur-strukturnya boleh didapati dalam kepanjangan tanpa had dalam kelebaran rentang standard: 10m, 15m, 18m, 20m, 25m, 30m 37m dan 40m – untuk pemilihan yang mudah, saiz struktur standard ini dikategorikan kepada Struktur Berbilang Sukan kecil, sederhana dan besar. Selain daripada rangkaian saiz standard kami, bangunan berbilang sukan yang diprarekabentuk boleh dibuat bagi memenuhi keperluan khusus tapak pelanggan. Sebagai contoh, beban angin dan salji khusus tapak bagi mematuhi keperluan kawalan perancangan tempatan, atau kelebaran dan kepanjangan khas, beserta ketinggian cucur dan rabung bumbung boleh ubah bagi memenuhi keperluan sukan ruang bertutup.

Struktur Berbilang Sukan dibekalkan dengan dua pilihan berlainan untuk penutup bumbung; pelanggan boleh memilih antara sistem bumbung selapis fabrik tegang standard dan sistem bumbung cekap tenaga boleh kembung THERMO.  Kedua-dua sistem bumbung diperbuat daripada bahan PVC bergred industri yang tegap dan tahan lama. Ia membolehkan cahaya semula jadi menembusi membran bumbung seni bina lut cahaya kami. Dengan itu kos pencahayaan setiap bulan dikekalkan pada tahap minimum kerana kos pencahayaan waktu siang diminimumkan.

Semua Struktur Berbilang Sukan boleh didapati dengan rangkaian komprehensif pilihan salutan dinding tidak berpenebat dan berpenebat juga item aksesori termasuk pintu akses pejalan kaki dan kenderaan, skrin pembahagi dalam, sistem pencahayaan yang boleh dikonfigurasikan bagi memastikan pencahayaan yang optimum dalam gabungan dengan cahaya semula jadi, pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HV/AC).

Apabila dibandingkan dengan kaedah pembinaan tradisional, Struktur Berbilang Sukan bermodul RÖDER HTS HÖCKER menawarkan banyak kelebihan yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Ini termasuk penjimatan kos yang ketara dengan kos projek keseluruhan tetap yang dijamin, masa pengeluaran yang pendek dan pemasangan yang pantas. Selain itu, tidak seperti bangunan konvensional, struktur kami boleh dirobohkan sepenuhnya. Oleh itu ia boleh dijual semula, dikonfigurasikan semula, diperluaskan atau dipindahkan dan diguna semula dalam pelbagai aplikasi berlainan di kemudian hari.

Dengan jangka hayat selama 20 tahun dan lebih, Struktur Berbilang Sukan memberikan pelaburan jangka panjang namun menguntungkan. Jimatkan masa dan minimumkan perbelanjaan dengan sistem struktur berbilang sukan inovatif yang diprarekabentuk daripada RÖDER HTS HÖCKER ini.

Ambil langkah seterusnya dan hubungi kami beserta keperluan anda hari ini.

Scroll Up