Roder HTS Structures

Tentang RÖDER HTS HÖCKER GmbH

Produk Berkualiti Tinggi daripada Nama yang Boleh Anda Percayai

RÖDER HTS HÖCKER GmbH adalah syarikat yang banyak memenangi anugerah yang mengkhusus dalam reka bentuk, pembuatan dan pembekalan sistem khemah boleh roboh rentang lega (clear-span) separa kekal. Ia membekalkan khemah kepada kedua-dua sektor swasta dan awam termasuk industri hospitaliti dan acara, industri ketenteraan, organisasi bantuan serta industri peruncitan dan umum.

Nama keluarga Röder telah dikaitkan dengan industri khemah selama lebih 50 tahun. Syarikat yang baru, telah dilancarkan pada tahun 2001 oleh pakar peneraju industri, Heinz Röder. Seorang pencetus inovasi industri, beliau telah berjaya memanfaatkan pengalaman serta pengetahuan hampir separuh abad yang diperolehnya sepanjang beliau menjadi pemilik Röder AG. Ditubuhkan pada tahun 1959, Röder AG telah dijual pada tahun 1994 apabila Heinz Röder melepaskan penglibatan beliau.

Syarikat ini telah menyaksikan pertumbuhan pesat sejak penubuhannya dan hari ini ia dianggap sebagai peneraju daya pendorong global di pasaran khususnya.  Syarikat ini membuat pelbagai rangkaian struktur khemah rentang lega sokong diri bermodul yang boleh didapati dalam lebar rentang lega daripada 3.00m – 60.00m.

Inovasi dan teknologi merupakan daya penggerak utama syarikat ini manakala pelaburan yang besar dalam proses-proses pengeluaran memainkan peranan penting dalam pembangunannya yang tetap. Syarikat ini terus melabur dalam kilang pembuatan khemah berkeluasan 64,000m² yang tercanggih untuk zamannya di daerah Kefenrod, Jerman. Kilang ini membolehkan syarikat menghasilkan sendiri bermacam-macam rangkaian produk berkualiti tinggi. Ini memastikan semua pelanggan menerima tahap perkhidmatan yang optimum, termasuk masa tunggu pembuatan yang pendek, kawalan kualiti, harga yang kompetitif dan produk yang direka serta dibina kepada piawaian kualiti tertinggi.

Syarikat pada masa ini memiliki tenaga kerja langsung seramai lebih 130 orang, dengan majoriti daripada mereka telah diambil bekerja sejak awal penubuhan syarikat. Semua pekerja adalah berkemahiran tinggi dan sangat terlatih dalam bidang operasi mereka dan mereka digalakkan untuk mendapatkan kemahiran baru serta meningkatkan pembangunan diri dari segi kerjaya di  organisasi ini. Syarikat amat berbangga dengan kadar pengekalan kakitangannya yang tinggi serta etologi penggajiannya yang positif.

Kami berharap dapat bekerja bersama anda dan menyediakan produk-produk yang mengagumkan kerana kualitinya yang tinggi, ketahanannya serta reka bentuknya yang inovatif.

Scroll Up