Roder HTS Structures

Mengapa Perlu Menggunakan RÖDER HTS HÖCKER

Persekitaran Sementara Berkualiti daripada jenama yang boleh anda percayai

RÖDER HTS HÖCKER GmbH mengguna pakai dasar penambahbaikan berterusan di seluruh perniagaannya. Penilaian tetap terhadap tahap perkhidmatan, trend pasaran, penetapan harga dan operasi membolehkan RÖDER HTS HÖCKER GmbH menyampaikan perkhidmatan serta rangkaian produk yang optimum kepada pangkalan pelanggan globalnya.

Kekuatan Utama RÖDER HTS HÖCKER GmbH:

  • Peneraju pembuat sistem khemah besar dan bangunan industri terkenal yang berpangkalan di Jerman.
  • Pelbagai rangkaian bagi lebih 600 sistem struktur sementara yang berlainan untuk pelbagai kegunaan.
  • Kilang pengeluaran yang tercanggih untuk zamannya yang berupaya menghasilkan sehingga 60,000m² struktur baru dalam seminggu.
  • Komponen-komponennya dimesin menggunakan mesin CNC dan dikemaskan dengan tangan bagi memastikan kemasan berkualiti tinggi yang konsisten.
  • Pasukan teknikal khas yang terdiri daripada pereka bentuk CAD / CAM dan jurutera kestabilan untuk projek-projek tempahan khas.
  • Piawaian-piawaian Eropah memastikan struktur yang berkualiti tinggi, direka bentuk secara profesional dan diiktiraf sepenuhnya.
  • Tenaga jualan teknikal dalaman syarikat, yang ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh dunia yang memberikan pengetahuan dan sokongan tempatan.
  • Masa tunggu pengeluaran yang pendek sentiasa boleh dicapai tanpa mengira saiz pesanan.
  • Jenama terkenal di peringkat global yang boleh anda percayai, yang memberikan ketenangan fikiran.
  • Dasar penetapan harga yang kompetitif terhadap seluruh barisan produk – memastikan kepuasan pelanggan.

Produk – Kami mempunyai pilihan yang terdiri daripada lebih 600 reka bentuk struktur sementara standard yang boleh anda pilih, kebanyakannya tersedia untuk penghantaran dalam masa 15 hari bekerja sahaja dari tarikh pesanan disahkan. Kakitangan kami yang berpengalaman akan mencadangkan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda daripada rangkaian produk kami yang luas. Kami sentiasa memikirkan bajet anda. Kami memastikan anda diberikan produk yang paling sesuai dengan kegunaan anda yang tertentu pada harga yang paling baik yang boleh didapati di pasaran hari ini.

Perkhidmatan – Apabila anda menghubungi kami, anda akan bercakap terus dengan salah seorang daripada lebih 40 orang pakar jualan teknikal dalaman kami yang berpangkalan di serata dunia. Melalui pemahaman mereka tentang keperluan khusus anda, mereka akan memberi anda struktur sementara yang akan memenuhi sepenuhnya keperluan anda.

Komitmen kami – Kami berusaha keras untuk menyediakan produk serta perkhidmatan kelas pertama yang membawa kepada kepuasan pelanggan yang sebenar. Kami sentiasa bersedia untuk menjawab soalan-soalan umum serta teknikal daripada anda – matlamat kami adalah untuk memberikan respons dalam masa 24 jam dari waktu panggilan anda.

Kualiti dan jaminan – Semua produk kami dijamin sepenuhnya serta disokong oleh tahap perkhidmatan kelas pertama. Ia memberi para pelanggan ketenangan fikiran dari segi produk mahupun mutu kerja. Kami mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam perekaan, pembuatan dan pembekalan struktur sementara.

Ambil langkah seterusnya dan hubungilah RÖDER HTS HÖCKER GmbH hari ini.

Scroll Up