Roder HTS Structures

Reka Bentuk dan Pembuatan

Peneraju dalam Sistem Khemah Kejuruteraan Kepersisan

Komitmen kami terhadap kualiti dicerminkan dalam produk-produk yang kami reka dan buat. Semua produk RÖDER HTS HÖCKER menjalani analisis reka bentuk struktur yang terperinci dan ini memberi anda jaminan bahawa produk kami akan memberi prestasi yang cemerlang sepanjang kitaran kayatnya.

Produk RÖDER HTS HÖCKER direka, dibangunkan dan dibuat di kilang pengeluaran kami yang memiliki sijil ISO 9001:2000 yang terletak di Kefenrod, Jerman. Inovasi dan teknologi adalah keutamaan dalam falsafah syarikat dan pelaburan yang besar dalam proses pengeluaran pula menjadi tunjang kejayaan kami yang berterusan. Dasar pelaburan yang tetap ini memastikan bahawa syarikat mencapai tahap kualiti, kecekapan dan produktiviti yang tinggi secara konsisten.

Kekuatan reka bentuk dan pembuatan yang utama:

  • Syarikat beroperasi dari kilang seluas 64,000m² yang tercanggih untuk zamannya yang direka dan dibina khusus untuk pembuatan bervolum tinggi bagi pelbagai rangkaian sistem struktur sementara serta produk aksesori kami.
  • Fasiliti ini mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk beroperasi 24 jam sehari. Ini membolehkan pencapaian output pengeluaran sehingga 60,000m² bagi produk struktur sementara siap dalam seminggu. Dan ini memastikan permintaan tinggi produk dipenuhi dan jadual penghantaran yang tetap dipatuhi sepanjang tahun.
  • Jabatan reka bentuk teknikal dan analisis struktur yang besar, dilengkapi dengan perisian terkini, termasuk aplikasi-aplikasi utama industri seperti AutoCAD dan Strucad. Komitmen yang tinggi terhadap pelaburan dalam teknologi baharu membolehkan projek-projek reka bentuk produk baharu dan reka bentuk tempahan khas mendapat penyelesaian bernilai serta berkualiti tertinggi yang benar-benar padan dengan keperluannya.
  • Kilang yang diperkemas ini menggabungkan enam dewan pengeluaran yang dibina khas, setiap satunya dilengkapi dengan sistem kren atas yang membolehkan aliran produk yang lancar sepanjang seluruh proses pengeluaran daripada bahan mentah hinggalah kepada produk siap.
  • Semua komponen kerangka utama (tiang, rasuk, kasau lintang dan kerangka gabel) dibuat menggunakan satu daripada lima mesin robotik, CNC (Kawalan Berangka Komputer) berkelajuan tinggi 5 paksi. Kaedah pengeluaran maju ini menawarkan tahap ketepatan pembuatan kepersisan yang terbaik, yang menghasilkan produk akhir yang direka dengan sempurna.
  • Semua komponen kerangka tertakluk kepada kawalan kualiti yang ketat dan prosedur-prosedur pemeriksaan akhir. Selepas pemeriksaan akhir, produk dibungkus, diikat dan disiap sediakan untuk dihantar kepada pelanggan.

Seluruh operasi kilang disokong penuh oleh sistem infrastruktur yang boleh dipercayai. Ini membolehkan kami menghasilkan sistem khemah rentang lega yang terkemuka di dunia serta aksesori-aksesorinya secara berkesan dan cekap.

JW Player goes here

Scroll Up