Roder HTS Structures

Sejarah Keluarga RÖDER

Pengasas dan CEO - Heinz Roder.

Nama keluarga Röder telah dikaitkan dengan industri khemah selama lebih 50 tahun. Ia bermula dari zaman Heinrich Röder merintis industri ini pada tahun 1959 dengan menyewakan khemah berkerangka kayu hinggalah ke zaman ini iaitu zaman moden dengan pengeluaran berkeupayaan tinggi dan pengedaran ke seluruh dunia sistem struktur sementara bermodul.

Hari ini keluarga yang baharu memiliki syarikat ini, RÖDER HTS HÖCKER GmbH beroperasi sebagai peneraju bagi sesuatu yang terkini dalam reka bentuk dan pembinaan sistem struktur khemah sementara dan diketuai oleh anak lelaki Heinrich Röder, CEO Heinz Röder yang telah menubuhkan syarikat baharu beliau pada tahun 2001, bagi memastikan tradisi keluarga diteruskan hingga ke generasi seterusnya.

Sejarah ringkas kaitan keluarga Röder dalam sektor struktur sementara:

1959       Permulaan awal perniagaan khemah keluarga Röder bermula dengan penyewaan khemah berkerangka kayu dengan penutup kanvas untuk digunakan sebagai inventori sewa syarikat.

1961       Perniagaan keluarga Röder berkembang kepada pasaran yang membekalkan khemah mereka yang sekarang ini ditawarkan untuk dijual kepada syarikat penyewa khemah lain.

1965       Rangkaian produk awal syarikat berkembang dengan pengenalan keluli yang digunakan sebagai bahan utama untuk komponen kerangka utama, yang menggantikan bahan yang digunakan sebelum itu iaitu kayu.

1975       Pembangunan dan ketersediaan aluminium semperit, digabungkan dengan pengurangan berat yang banyak yang ditawarkan oleh aluminium berbanding keluli, menjadikan ia bahan yang lebih mesra pengguna untuk digunakan dalam pembinaan sistem khemah bermodul.  Penggunaan aluminium semperit mempunyai faedah tambahan iaitu saluran bersepadu. Ia memudahkan penambahbaikan yang ketara dalam reka bentuk dengan menggunakan saluran “keder” untuk memasang penutup bumbung dan dinding dengan menggunakan sistem pemasangan keder. Dan ini menjadikan reka bentuk baharu ini sistem bermodul yang sebenar.

1978       Kerangka aluminium baharu dengan sistem alur keder beserta dengan reka bentuk khemah yang terus-menerus berkembang telah membawa kejayaan kepada keluarga Röder tidak lama kemudian. Untuk mengambil kesempatan atas permintaan yang semakin meningkat terhadap produknya, keluarga Röder telah membuka kilang baharu khusus untuk pengeluaran besar-besaran pelbagai sistem khemahnya. Kilang ini terletak di kampung halaman keluarga Röder iaitu Wolferborn, Büdingen, Jerman.

1984       Pembangunan produk yang berterusan telah membolehkan perniagaan keluarga Röder cemerlang sebagai peneraju pasaran, sorotan program pembangunannya telah membawa kepada perekaan, pembuatan dan pelancaran khemah 2 tingkat, berbilang tahap serta bermodul yang pertama di dunia – yang hari ini boleh ditemui dalam pelbagai aplikasi di seluruh dunia.

1992       Heinz dan Edwin Röder memperkenalkan perniagaan keluarga ini, RÖDER AG, kepada bursa saham Jerman.

1993       Pegangan saham majoriti syarikat RÖDER AG diambil alih oleh Klöckner & Co AG. Pada waktu ini keluarga Röder melepaskan pemilikan mereka dalam syarikat.

1994       Heinz Röder memuktamadkan penyerahan perniagaan ini kepada Klöckner & Co AG dan meninggalkan RÖDER AG.

2001       Selepas tujuh tahun mengejar minat dalam perniagaan lain, Heinz Röder melancarkan syarikat pakar pembuat struktur sementara yang baharu RÖDER HTS High Tech Structures KG, yang sekali lagi berpangkalan di kawasan Wolferborn, Büdingen, Jerman.

2002       RÖDER HTS KG membuka pejabat jualan yang pertama di UK, Perancis.

2003       RÖDER HTS KG membuka pejabat jualan yang menguruskan rantau Timur Tengah.

2004       RÖDER HTS KG mengambil alih perniagaan pesaing industrinya HÖCKER STRUCTURES, Bad Salzuflen, Jerman. Pemerolehan HÖCKER STRUCTURES yang strategik itu telah membuka pasaran-pasaran baharu dan menambah beberapa barisan produk baharu kepada portfolio produk yang ditawarkan oleh RÖDER HTS KG pada waktu itu.

2005       RÖDER HTS KG dan HÖCKER GmbH secara rasmi bersatu ke dalam sebuah entiti perdagangan yang dikenali sebagai RÖDER HTS HÖCKER GmbH. Pada tahun yang sama, kilang-kilang pengeluaran RÖDER HTS dan HÖCKER STRUCTURES bergabung menjadi sebuah ibu pejabat dan kilang pembuatan seluas 42,000m² yang tercanggih untuk zamannya yang baharu ditauliahkan, yang terletak di Kefenrod, Jerman.

2006       RÖDER HTS HÖCKER GmbH membuka pejabat jualan subsidiari di Singapura.

2007       RÖDER HTS HÖCKER GmbH membuka pejabat jualan strategik di Rusia dan India.

2008       RÖDER HTS HÖCKER GmbH memperkenalkan rangkaian baru bagi sistem khemah yang direka agar serasi sepenuhnya dengan reka bentuk-reka bentuk lain yang dibekalkan oleh pengeluar lain.

2009       Keluarga Röder meraikan 50 tahun penglibatannya dalam perniagaan khemah pada pameran perdagangan RÖDER HTS HÖCKER GmbH TENT-EXPO 2009. Pada tahun yang sama ia melancarkan struktur kerangka hibrid karbon/aloi yang dipatenkan.

2010       Pelancaran rasmi sistem struktur kerangka hibrid karbon/aloi yang dipatenkan – ringan dan yang pertama seumpamanya dalam teknologi khemah bermodul rentang lega.

2011       Syarikat keluarga, RÖDER HTS HÖCKER GmbH mempunyai wakilnya di peringkat global di 32 buah negara di seluruh dunia. Syarikat mengumumkan pengambilalihan 22,000m² tanah yang bersebelahan dengan kilang pengeluaran berkeluasan 42,000m² sekarang ini – tapak baru ini akan memberikan ruang tambahan yang mencukupi untuk peluasan pada masa akan datang. Fasa yang pertama dijadualkan untuk siap pada bulan Oktober 2011 dengan pembinaan kilang pembuat penutup PVC yang tercanggih pada zamannya dengan keluasan 2,600m².

Scroll Up