Roder HTS Structures

Tent Expo

TENT-EXPO adalah pameran tahunan “in-house” yang terkenal di dunia untuk acara-acara antarabangsa dan sektor struktur sementara.  Kini pada tahun kesepuluhnya, pameran ini mempamerkan beraneka rangkaian sistem struktur rentang lega yang boleh didapati daripada RÖDER HTS HÖCKER berserta dengan paparan inovasi produk dan produk aksesori syarikat yang terbaharu. Acara ini juga menyertakan tunjuk cara dan lawatan bermaklumat ke kilang pengeluaran RÖDER HTS HÖCKER.

Selain daripada produk RÖDER HTS HÖCKER, pameran ini juga merangkumi para pembekal terkemuka bagi peralatan berkaitan industri acara yang datang dari seluruh pelosok dunia, untuk mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka. Mereka termasuk pembekal perabot, perisian acara/inventori, pelapik dalam dan HV/AC serta banyak lagi.

Masuk adalah percuma dan pelawat akan dihidangkan dengan makanan serta minuman percuma sepanjang acara ini. Selain daripada itu, untuk mereka yang datang dari luar negara, RÖDER HTS HÖCKER menyediakan penginapan di hotel serta pengangkutan pergi dan balik dari lapangan terbang ke tapak pameran secara percuma.

Acara ini sudah berkembang dan kini ia menarik lebih daripada 2,000 hadirin dalam masa 4 hari berlangsungnya acara. Acara ini diadakan pada bulan November di tapak pameran khas Wächterbach, Jerman.

TENT EXPO 2014 – 12-15 November – Klik di sini untuk mendaftar minat anda untuk menghadiri

 

JW Player goes here

Scroll Up